SEMUA premis kediaman atau perniagaan di Malaysia yang ada bekalan elektrik bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar termasuk capaian internet berkelajuan tinggi dan televisyen digital tidak lama lagi kerana Masers Digital Sdn Bhd sudah berjaya membangunkan teknologi itu untuk dilaksanakan.

Ketua Pegawai Teknologi, Masers Digital Sdn Bhd, Suhaimi Abdul Rahman, berkata teknologi komunikasi talian tenaga (PLC) itu akan menjadi pemangkin kepada hasrat kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

“PLC membolehkan komunikasi data menerusi talian elektrik biasa yang ada di rumah, pejabat atau kilang di negara ini. Kami yakin ia dapat dikomersilkan mulai 2007 selepas ujian teknologi dan ujian sebenar dapat dijalankan tahun depan.”

via berita harian

Ok, I heard this for years but nothing has really came out. But they said 2007, so I blog this to recalled it back in the next 2 years. We’ll see.